Monday, November 26, 2012

The Librarian


Well I like the part 'What Hollywood thinks i do.... 
As an ex-student library science.. ex- training librarian... 
I AGREE this Fact.....tehee 

Even dah tak menjadi sebahagian dari dunia keperpustakawanan..
Insyallah one i fullfill my big dream..  i will back to the root.....pray for me




PLEASE PRAY GAZA......

Sunday, November 25, 2012

moment to Bukit Larut


habis je 3 bulan mengajar..
one of my aunt ajak jadi guru pengiring untuk rombongan sekolah..
tanpa berfikir panjang memang  terus setuju..
sebabnya dah lama gile tak on vacation...
kenkonon naik atas tu feeling nak release tension ....
membawa diri melihat crush ..my admire ..semua nak mendirikan  rumah tangga..
aiceceh..ayat cliche

even asal usul parent dari perak..
tapi my family memang jarang menuju ke daerah utara Perak...
udoh familay awok asal dari perak tengah..memeng idok le nak ke perak utara

Ok rombongan sekolah yang best ke Bukit Larut dan sekitar Bandar  Taiping...
memang tahap teruja nak daki Bukit larut.. ...mendaki itew bukanlah menggunakan kaki ye kengkawan..menggunakan Jip..setelah membeli tiket dikaunter tiket..kami pon mendaki penuh adventure berpusing pusing..kiri kanan gaung... di pertengahan jalan baru kau tahu apa itu erti penyesalan dan tidak boleh berpatah arang...

Actually ramai je warga Taiping yang mendaki Bukit Larut ni..in term of kesihatan sangat bagus..
Dah naik atas tu..Speechless...melihat kebesaran ALLAH...betapa indahnya dari atas nampak sungai dengan laut bertembung...jawdrop sebentar...tapi takde ape lah yang menarik ....kalau kat Camerron Highland ada Teh kan..

Actually ladang Teh pertama yang dibina adalah di B.Larut..but tanah kat sini tak sesuai dengan penanaman Teh..ok anak murid itu adala hinfo yang diberi oleh pemandu pelancong
naik atas berlagak sangat dengan adik dan ayah cho akibat kepeningan...tup tup angkara berlagak..
turun bawah i pening chuolls ala ala perempuan di awal kehamilan...blerghhhhT_T..

awesome memang awesome..sebab first time..
tapi cukup lah sekali dan terakhir aku menempuh jaln berliku gaung kiri dan kanan.....ADVENTURE....

kalau tak pernah naik tu..pergila naik merasa la....


Tuesday, October 30, 2012

tiga hari sebelum tamat mengajar..















I is sedih ni sebenarnya chu ools.. three days remain sebelum habis tempoh mengajar di SK Jalan U3...

Just masukkan beberapa ketui keping gambar akibat kemalasan nak bluetooth gambar ke lappy(p/s :to my lovely students datang blog ni sebab nak gambar, tunggu nanti cikgu upload)

Ok Alhamdulillah
habis kan segala kerja.masukkan Linus,Banding,Markah... settle kan semuanya..


Tak nak lah keluar dari sekolah dengan bad talk pulak dari cikgu-cikgu lain..
Lot of memory,Lot of Knowledge


9 buah Kelas...beratus ragam students..nak cater dengan manusia..
bukan setakat student, cikgu cikgu lagi..


Thank You My lovely Students....














~oh tuhan, tolonglah hapuskan rasa cintaku, aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia- Judika~

Saturday, October 13, 2012

after a while


I know it's been quite a while since my last update,rasa janggal...bila nak menaip dah dekat panjang karangan tup terus delete..takde keberanian nakpublish entry...since last post memang macam macam benda berlaku.... menggangur, bekerja, menggangur balik , temuduga  semua ada..rencah selama beberapa bulan hidup aku kebelakangan ini..doakan yag terbaik ye kawan kawan untuk diri ini...

3  month with them..budak darjah 1...having a very gooddd memories....sebahagian dari 41 student 1 nilam.. ni jenis yang betul batul rajin..sekolah ganti hari Sabtu....

si Razin pegang pelapik kerusi kat belakang tu...and then cakap ni IPAD  saya cikgu.. so creative kids nowadays..

Sunday, May 6, 2012

Kak Maisarah & Syahrizan Wedding Day- BrideSide



Alhamdulillah semalam 5 May 2012, telah selamat majlis penuh barakah penyatuan dua hati 2 keluarga Kak Maisarah & Abg Syahrizan... This is my Cousin..anak kepada abang my mother... semuanya berjalan lancar.. the new family member agak sangat pemalu .. as usual walau tak dirancang , family kitorang still dapat orang perak.....tak tahu lah my turn orang Perak jugak kah? Make up sangat flawless sebab natural jer..suke.... majlis simple but cantik....Sedara belah Perak tak berapa nak ramai..kebanyakan tunggu turn kat sana senang katenye dekat sikit kat Perak,but tetamu ramai sangat ...... lepas ni kalo nak diikutkan faktor umur turn yob kudus lah.. and then me and aiman(adik pengantin ni).... next week turn belah lelaki pulak.. have a nice day... 

-Barakallah hula kuma wa barokkah, alaikumma wa jaamah bainakuma fi khoir-






sweet pulak tengok pegang jarikelingking tu


         The budak -budak 3orang  sepupu ..sorang lagi bawah kanan anak buah








Jubah Konvo, sebab Mak cho Konvo Master This Sunday


p/s :schedule orang kawen every week..berjalan jalan...

Thursday, May 3, 2012

Soup for Soul Today











Tatkala  berjalan jalan  di sekitar  didunia maya ini mencari motivasi motivasi diri ,membaca nukilan karya mereka mereka yang begitu cantik karya budi bicaranya... Hati tiba tiba tertarik dan tertancap pada nukilan saudari ini...





Memang tak dinafikan, umur lingkungan 20-an sangat memberi cabaran pada diri ini. Apetah lagi dalam menjaga hati. Melihat pasangan-pasangan di shopping mall kadang-kala mengetuk hati namun lebih nikmat bercinta selepas nikah. Tambahan lagi, lebih berkat dan mendapat rahmat daripada-Nya malahan lebih banyak pahala yang akan diperoleh. Walau diri ini sedar bahawa diri ini masih belum bersedia, namun takkan mampu diri ini menyembunyikan hasrat hati. Takkan mampu menipu diri sendiri.

“Mencintai tak semestinya memiliki”


Itulah kata-kata yang biasa kita dengar. Yang mana ia adalah sebagai peringatan agar kita sentiasa meletakkan pengharapan hanya kepada Allah bukan manusia atau kita hanya akan kecewa apabila meletakkan harapan kepada manusia.Melihat pasangan muda yang sudah berkahwin apetah lagi yang sudah mempunyai anak di kala umur sebaya dengan saya menambah keinginan untuk mendirikan baitul muslim. Saya pasti ini juga berlaku pada muslimah-muslimah yang lain.


Ada antaranya sudah melangsungkan majlis pertunangan, bermujahadah menjaga hati agar tidak bermain dengan nafsu sehinggalah majlis nikah selesai. Ada juga yang sedang menanti-nanti siapakah gerangannya yang akan menerima dirinya. Ada juga yang sudah mempunyai pilihan hati, dan hanya berserah di hamparan sejadah menanti jawapan dalam istikharah cinta sebagai jawapan daripada Allah SWT.


Pada yang telah mempunyai pilihan hati, mungkin walau setelah menunaikan istikharah, si dia tidak menunjukkan respon yang diharapkan, jangan pernah berhenti berdoa kerana Allah itu Maha Mendengar. Dengarlah nasihat ini yang sebenarnya nasihat buat diri ini ,Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.


Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa .Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya… (Aidil Sahipaludin)
sumber -




Ya allah indahnya Jodoh ciptaan mu.. sesungguhnya aku bersyukur dengan pasangan yang sudah tentunya telah tertulis di loh mahfuznya..Cuma satu pintaku pertemukan lah aku dengan lakilaki yang dapat membimbing serta berada di sisiku didunia dan di akhirat di kala sihat dan dikala sakit dan juga istiqamah kan lah cintaku hanya padanya








p/s: selamat pengantin baru kakak maisarah dan pasangannya 5hb/may/2012

Wednesday, May 2, 2012

my missing eye candy




 

 sape ni sape ni?
by the way this is
one of super junior member
but
this member 
dah hiatus dari album album super junior since bonamana
 so for new ELF
maybe tak berapa nak kenal..
but this guy who capture my attention first late 2009
dan akhirnya ada jugak drama baru beliau..
..
alamak entry korea lagi..
chisdale betul..





p/s:Tahniah dekat adik dapat Dean list for second time in a row..hope she can manage to get  dean list for another 4 semester and then ANC....i'm proud of u sis..



buat api dalam hujan - adele

call me lame..yah..
recently i use to love this song...
dunnno why
^_^



Thursday, April 12, 2012

C.N Blue- ear fun



memang sangat ear fun... ear catching.. entah vocab apa aku guna pon tak tahu.... santai santai sedap lagu ni... memang taste le.... sedap sedap je tak over sangat......berkpop sebentar bersama sama kitkat....









p/s  : tanpa dslr kesayangan tempang tak dapat nak capture keindahan Allah di sekitar Perak

Friday, April 6, 2012

Anugerah Dari Kegagalan



Dari kegagalan
Satu percintaan
Kualami
Penderitaan
Kesengsaraan
Kebatinan

Tapi di sebalik
Semua kepahitan
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertian
Yang amat dalam

Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran
Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan

Aku pelajari
Mengenali diri
Dan siapa kita
Yang sebenarnya
Di bumi Tuhan


-kunfayakun-
....jika itu ditakdirkan....

Udin Graduation Day


Akhir bulan 3 haritu telah selamat sudah satu satunya anak lelaki keluarga Encik Ridzwan bergraduasi
Setelah hampir 2tahun ++ di Terengganu ,campur 1tahun di Amerika complete lah Diploma udin.. hamboi Diploma sampai kena belajar ke Amerika.. saya dulu takat 3 tahun nun kat selatan Segamat Johor, 2 Tahun belakang Umah kat Puncak Perdana  dah dapat Degree.... Susah lah benor nak jadi engineer laut ni....Apa apa pun sekalung tahniah untuk adik lelaki satu satunya ni.. Kebanggaan Ayah sangat sangat ni.... semoga tak lupa daratan bila dah kaya.. dan juga bila stay kat amerika nanti , silalah belikan ipad serta i-phong untuk seisi keluarga hendaknya.... nanti tercapai le hasrat keliling dunia dan semoga dapat le carik isteri orang bosnia herzegovina ko tu.... tak sure lah kan dapat beraya bersama ke tak tahun ni.. nampak gaya macam tak la kan.. 












 Bangga sangat Ayah 


Kawan time kat MRSM Muadzam

Kawan time kat MRSM Muadzam Lagi



Alam Friends



Nak jugak interprem..heaven sangat belajar kat sini.. time konvo ni 500 plus plus hanya 22 pelajar perempuan..Yang menarik ni first time attend orang lain yang konvo... baru merasa betapa bosan dan penatnya tunggu kat luar....Yang lebih menarik konvokesyen kat ALAM ala ala luar negara.. siap bersorak sorai untuk pelajar terbaik bila pelajar terbaik bagi speech.. lain sangat dengan UITM penuh protokol.. kalau bagi choice aku suka konvokesyen ALAM penuh warna warni dan kegembiraan..




sekian terima kasih....


p/s: catering dia sedap gile.. two thumbs up.. Felda D'Saji

Tergolong Jugak....





tadi......petang tadi sedap sedap  skrol timeline twitter melihat perkembangan terbaru rakan rakan sekuliah yang dah bekerjaya.. yang berada jauh di selangor..( owh recently i was at bidor for along time for some reason)....
terbaca lah retweet dari sorang rakan sekuliah  yang men-retweet twitter "Terfaktab" berbunyi zaman cinta dulu dulu paling takut adalah bila bil telefon sampai...
ok i was like oh terus angkat tangan depan laptop nak cakap konon konon akulah salah seorang pelaku tersebut...
i was remember
kelam kabut bila posmen datang.. cepat cepat tengok dulu bil telipon sampai ke idak..
bila dah sampai cek ada tak jumlah yang mencurigakan...


ok pernah sekali bil mencurigakan datang 7 ringgit.. dalam 1 nombor.. mahunya tak kena siasat...memang kena siasat dan disisiat oleh puan emak.. oh" lame" nye perangai masa tingkatan 5 dulu..pfttt ntah ape yang aku merepek sampai berjam jam jam gayut tak tentu arah tanpa arah tujuan..kengkonon masing masing bagi inspirasi untuk berjaya dalam spm.. sudahnya dia 6A's and i 4A's T_T..


"ini tidak adil 
 tidak adil
 bagiku"- feeling yuna jap






tersipu sipu malu dan sedih dengan diri sendiri  mengenang kejadian 7 tahun  lepas... bila kenang balik ahhhrghhhh aku tergolong dalam remaja yang bergayut tengah malam dengan boifren  apa kes lah ni.. alhamdulillah tak terjerumus ke arah kemaksiatan sepanjang hubungan itu...alhamdulillah sebnarnya ada baiknya allah putuskan hubungan itu di tengah jalan. rupanya saya masih budak mentah dan belum kuat melawan godaan syaitan...
and now after 7 years, i pray after sollat i want love after marriage no doubt...


ok stop itu yang pertama dan terakhir okeh...lepas putus cinta terus i hate man..kengkonon lah...kengkonon sangat sambil layan lagu Fact & Fiction dari Beast mengenang cinta yang didustai....kengkonon cinta pertama sukar dilupakan sambil feeling novel SAMUDERA INDAH NIAN.. dah dah kenapa masuk novel ni...


ok update semata mata tergelak sorang sorang petang tadi teringat memori lama.. what the waste... thank ye cik boyan for the memories.......




p/s :agak agaknya betullah kata kata dari makcho saya..
itu semua puppy love kamu je..bercinta time guna duit ummi abi mana nak thrill..kalo awak nak rasa cinta sebenar, tu hah time  topup guna duit sendiri bukan guna duit ummi abi
susah senang dia ada ke tak..time sekolah what a waste nak dikenang.. gelak gelak boleh la... ok kamsahamida mak cho tersedar jap dari mimpi yang lena...

Saturday, February 11, 2012

mereka telah selamat upgrade status

TAHNIAH TAHNIAH dan beribu TAHNIAH dari saya... one step closer..!! SELAMAT MENJADI TUNANGAN ORANG... mereka ni tengah berdarah manis bak kata orang tua-tua.. sedap dihirup oleh para vampire..

The first couple is  my cousin saiful islam atau epoi dengan pasangan nya saerah...(28/1/2012)



time nak discuss hari , wang hantaran dan sebagainya kerja orang otai otai...  


 tu le epoi nye..
.. yang sebelah tu wali saya




   
jeng jeng ni lah saerah tunangnya epoi .. with mak mak long ( opah saya yang bertudung biru) and mak belah paklong


maklong my aunt..time sarung cincin.. ni anak ketiga lelaki dan yang terakhir untuk disarung cincin.. lepas ni wawa ..terima menantu lah pula... 




dan jugak tukang bawak hantaran 17 berbalas 15 belas ke berapa ntah.. as usual orang perak ni memang suka bagi hantaran banyak banyak.. bukan kasi laptop ke black berry ke but lebih kepada makanan.. contoh mak cho kasi cake.. ayah chik kasi biskut.. kumpul jadi banyak.. tuan rumah buat tak smapai sepuluh pon... bukan adat sebenarnya tapi dah jadi kebiasaan.. rumah saerah dengan umah mak long ni dekat je . tak sampai 10 minit.. bak kata my pak Usu tak sempat nak masuk gear 2 dah sampai (hiperbola disitu)...
aku memang suka rosakkan tema orang.. yang lain paki biri pearl aku jelah hai seketul pakai oren ceklat..






Yang seterusnya 3 classmate/Dormmate time kat Sekolah Menengah  Teknik gombak ..


Raihana ( classmate time form 4 &5 dan Dorm mate time form 5) (raya cina hari tu)
Mas Shafira ( Classmate time form 4 dan Dorm mate form 4 &5) (11/2/2012)
Aszuraizi ( Classmate form 4 &5)(28/1/2012)






    Aszuraizi- dengan aszu aku tak banyak kenangan sangat... sebab time sekolah aku memang tak rapat dengan budak lelaki.. sedangkan sepupu aku yang satu teknik tu pon aku tak bertegur sapa sangat.. konon konon pemalu lah.. entah macam mana time masuk universiti aku jadi elok pulak bersembang dengan budak budak lelaki..termasuk lah classmate aku ni aku dah boleh start berborak...Mas form 5 dia duduk belakang meja aku... tu jelah yang aku ingat




 Mas Shafira- banyak jugak kenangan sebab dialah makhluk pertama yang tegur aku time kat teknik masa nak beratur daftar nama. tiba tiba belakang aku ada orang cuit.. terus je melekat dengan dia.. lagi lagi kitorang satu class... form 5 dia jadi penghulu blok dah tak berapa nak rapat sebab ada budak satu dorm yang lebih rapat dengan dia.. dan aku pon jumpa geng  geng aku sendiri....






Raihana- si comel ni lah yang berkongsi meja time form 5 dulu.. meja kena pair 2 2  so dia duduk sebelah aku... satu kadet polis.. satu dorm masa form 5.. bukan satu geng tapi banyak waktu dihabiskan oleh aktiviti aktiviti sekolah..tunang dia budak kelas mekanikal -5 Meka 1-...yang kitorang 5 Awam 1 bukan senang couple dari sekolah.. lama dorang couple ni.. aku dulu pon berelationship dengan budak  5 Meka 1.. aku tak dapat ikot jejak langkah dorang ... si ex dah selamat dengan orang lain dah... congrats rai
................................................................................................................
masa muka budak sekolah dulu


 masa ni hari orientasi sekolah.. baru seminggu jejak kaki dekat teknik gombak...tu semua basah sebab kena mandi air longkang.. wajib menyelam okeyh.. kejam tak kejam lah time tu.. tapi batch kitorang tak pernah merungut.. lepas batch kitorang ada student report ...semejak tu dah takde aktiviti aktiviti adventure amacam ni lagi setakat lari lari biasa je..




ni jelah ketul ketul budak laki kelas masa form 4.. budak kejuruteraan awam memang rata rata banyak perempuan.. lelaki tak sampai 10 orang satu kelas.. kira terbalik dengan budak kejuretaraan mekanikal.. kelas dorang lagilah perempuan tak lebih dari 5 orang... Aszu 2 dari kiri




masa last last day sekolah time form 4.... agak sedih masa ni sebab kitorang dah rapat .. time form 5 dah kena pecah kelas...sob sob ..muka aku tak nak gangster pulak kan time ni




actually aku tak gemar gambar ni.. tapi ni jela hai gambar aku dengan rai... rai pon satu kadet polis dengan aku...dia sorang je gentle tak pakai uniform kadet....






and next week my housemate time degree cik Rosini Bujang akan bertunang pulak juga kakak senior satu bilik time diploma kat segamat juga akan bertunang...






selamat upgrade status!




*credit gambar kepada FB orang orang yang terlibat



pasca exam pegawai kastam wk1-1







ya ya saya tahu blog ni tak famous amaos menjadikan salah satu faktor tahap kerajinan menaip itu kurang.. namun mungkin juga sebab aku tak nak terlalu explosure about my self sangat so kadar kerajinan menaip tu kurang.. tapi tapi kalau nak tahu true self seseorang aku jawab penuh yakin pergilah ke twitter orang tersebut pasti terserlah watak sebenar mereka.. bagi aku twitter salah satu medium untuk seseorang itu menulis apa yang dia rasa.. orang takde nak marah kalau anda  meroyan di twitter.. tapi kalau anda artis haha siap lah jadi bahan gosip paling laris di muka bumi malaysia ini... ok done.....



so aku nak cerita tentang pasca exam jawatan kastam yang aku lalui haritu.. rata rata yang ambil exam dengan aku kebanyakan nya orang dah bekerjaya, berumahtangga dan juga berumur hampir 30.. aku tak tahu adakah aku antara yang termuda ambil exam kat sekolah alam megah 2 haritu...

so far exam dia senang... sangat senang bagi orang yang dah melalui pengalam hidup yang tinggi tentang malaysia, undang negara dan pengetahuan am... kalau tanya aku yang tidak mempunyai pengalaman yang cukup dek kerana faktor umur baru nak menjangkau 24 tahun ape lah sangat pengalaman kehidupan harian aku.. tapi saya ucapkan terima kasih pada  hobi aku yang suka menonton TV.. banyak jugak lah soalan yang dapat dijawab.. boleh kata hampir 50-60 soalan pasal kastam , cukai.. yang lain lain hal negara... disebabkan aku suka pengetahun am .. jadi aku suka bentuk soalannya walaupun rata rata soalan aku tak tahu.. ngeh ngeh good job su....

kemudian soalan matematik menyusul serius aku cakap soalan matematik untuk exam kastam ni sangattttttttt senang.. walaupun aku ambik kos library science yang satu noharom nombor pon tak jumpa melainkan nombor soalan pon boleh jawab... namun, ada namunnya... soalan dia  punyalah panjang nak baca satu soalan pon dekat 2 minit.. acane nak jawab 40 soalan dalam 45 minit memang tidak lah ko nak sempat.. melainkan ko memang expert membaca dan mencongak secara laju.. aku siap on time.. tapi dekat 10 soalan aku tinggaikan dan aku hentam jelah labu supaya tak nampak kosong..

kemudian essay bahasa inggeris dan bahasa melayu.. part bahasa melayu bukan main lagi calon depan kiri kanan aku hah siap  angkat tangan mintak kertas extra dari pemeriksa exam... yang aku terkedek kedek nak menjawab soalan.. soalan ada 3  pertama pasal teknolog hijau kedua pasal integriti pegawai kastam dan ketiga pasal penyeludupan bagaimana nak mengatasi..kena jawab satu je.. akibat 5 tahun belajar di UITM dimana peperiksaanya fully english dan kena jawab 3 essay english setiap subjek.. aku jadi lost nak berbunga bunga untuk karangan bahasa melayu... jadi berbekalkan pengalaman menaip blog aku menjawab periksa seumpama aku berkarang di dalam blog.. lantak segala etika kastam cogan kata aku keluarkan sebab baru baca kat internet malam sebelumnya jadi masih fresh untuk dimuntahkan di dalam karangan B.M aku tu...

kemudian essay B.I dengan bongkak nya aku dapat jawab dan idea nya lebih dari jawab essay B.M walhal grammar aku dah kelaut dah... rasa nak buat sujud syukur sebab pernah belajar managemant and marketing and communication skill time jadi student dulu.. ada 3 soalan jugak yang aku ingat soalan yang aku pilih jelah.. Diplomacy and Good conduct will make your career advancement, dicuss? senangkan budak budak yang pernah ambik commumication skill sekalian kan.


lepas ni ada ujian kecergasan.. aku tak mengharapkan seratus peratus boleh dapat.. cuma pengalaman ni cukup bermakna untuk aku untuk mencuba lagi.. sebab lepas ni nak apply DPLI ... so DPLI pon ada exam camni cuma format lain... menjadi guru priority aku sejak kecik menjadi pegawai kastam adalah cita cita aku yang baru timbul selepas tamat persekolahan...so agak seronok bila usaha ke arah itu ada...




#offtopic

seriously aku bukan  rajin nak update blog ni.. sebab aku lebih rajin berceloteh di twitter dan tumblr serta merelaxkan minda di 9gag.... so kalau aku rajin je baru aku  jengah blog ni...p lah sign up twiter follow me kita bincang bincang gosip gosip kat sana... facebook aku bukak but nak tahu hal ehwal semasa je.. boringggg

eyh sekejap tadi aku selak entry lama  time muda mudi ...yelah aku start buat blog ni tahun 2008.. bila aku tutup sekejap blog ni tahun lepas aku draft kan hampir 90 % entry kebudak budakkan kepoyoan serta ke-super junior-an aku tuh.....hampir menitis air mata bergelak ketawa melihat betapa poyo dan tak matured nya tulisan aku time diploma dulu.. dan jangan haraplah aku nak publish semua tu.. dibuatkan adik dan sepupu  aku baca menjadi satu bahan yang takkan berakhir untuk membahan aku di kampung time raya.. ok terima kasih....

cop cop nah link twitter




















Nanti kita kan tahu Betapa bijaknya hidupSepahit apapun ini Pelajaran yang berarti

Friday, February 3, 2012

Doakan Saya

Alhamdulillah satu pengalaman baru akan saya dapt sabtu ni..
dapat jugak melalui saringan peperiksaan untuk menjadi penjawat awam..
atleast nama tu kena panggil jugak kan..


ni tengah tengah setadi tiba-tiba teringat lama dah tak jenguk blog ni since laptop udin dah bawak balik Melaka..


malas nak update guna PC ni ssebab sangat lah lambat..


apapapun semua ni pengalaman..


byt the way kad jemputan classmate time 5 kat teknik dulu dah dapat kat grup FB...


Pau congrats on your wedding this March..


Congrats jugak budak sebelah meja time form 5 and budak belakang meja time form 5 Azu n Rai on you e-Day... 


Hope lekat le apa orang kata tempias tempiasnya kat classmate yang sorang ni... 
anyway congrats jugak last week my cousin e-day.....
semoga February memberi cerita indah untuk saya...














-::jejak-jejak langkahku Bagaikan lembaran waktu Apakah ku masih bisa terus melangkah Serpihan hidupku Kan ku bangun di atasSatu cinta::

Thursday, January 19, 2012

Kawan


Baik Baik aku janji aku tak kan meroyan asyik post pasal ...shupar juniorrr ...tapi tadi tengah scroll hal ehwal semasa politik, kemasyakatan dan tentang masyarakat sejagat... boleh pulak jari ni ter-open new tab pastu ter-open "tubeawak" ,ter-search lagu suju.. lepas tu dimalam yang sepi pi pi pak mat jual topi pipi..
Okey okey serius terdengar 2 lagu antara yang favourite  yang membolehkan aku bergenang airmata sebab rindu dekat kawan kawan.. serious... sebab makna lagu ini dan  juga lagu ni  antara peneman aku yang cukup setia ecewah... setia lah sangat time pukul 2 dah sunyi budak rumah tido aku terus  pasang playlist surah surah al-quran.. aman terus  actually  takut pon satu tenang pon satu ....time masa buat thesis dulu.. bertungkus lumus sampai  4 pagi  buat dengan gigih dengan En.Amzari yang sangat cerewet tentang ayat ayat..biar ayat tak bombastik janji effort nak tulis sendiri dan idea tu .. lagi lagi part recommendation tu. ya ampun sampai time nak jilid tu pon dia suruh tambah lagi ayat... sampai ada le yang kata aku tido lambat kerja copy paste..orang macam ni campak ke laut  bagi jerung makan je weyh.. orang berfikiran akal detak kat lutut.... dan sekarang Allah kasi cash je weyh balasan.  Dah malas nak cerita pasal suka duka taip kerah buat thesis dulu.. sekarang nak suruh korang pulak dengar lagu favourite tema persahabatan.. dengar taw.. dengar malam malam sambil bukak album album time sekolah teknik, diploma ijzah.. meraung hati nak jumpa korang yang digelar SAHABAT... tapi tak nak jumpa Rakan.. beza  okey 2 perkataan tu ...

nah dengar.....
Firts song- Shining Star....





Lagu kedua Good Person .. lagu ni lagu remark ..lagu ni lagu kira artis veteran yang nyanyi... but dorang nyanyikan balik.. lagu ni fofular.. ramai artis korea yang buat remark lagu ni... tapi bila dengar lagu ni teringat my SAHABAT ...








even cakap dorang congcencjfdlaBJHfdj  ncxsbghndss hagham nak faham melainkan baca translate.. but the song the lyric captured my heart..that's all..



Tiba -tiba malam malam buta ni PMS rindu kat korang korang weyh SAHABAT SAHABAT saya.....




                                                        daaaaaaaaaaaaaa










Tiada yang nak gaduh,Tiada yang nak tentang,Hingga rasa menjadi kering kontang


Drama.Drama.Drama....

Sepanjang 2 minggu menggangur dengan berjaya ni.. aku banyak memperhabiskan masa jadi Babysitter kepada anak ustazah bawah ni .. Ye along dan adik ..eh bukan ..sape adik angah dah sekarang adik ada dalam perut ummi kata beliau.. yelah 3 tahun panggil ko adik tiba-tiba nak tukar angah agak susah disitu yea..

Selain menjadi babysitter yang berjaya aku juga dapat le meluangkan waktu menonton siaran  televisyen itu pun curi curi tukar.. kalau tidak confirm channel 611.. sejak ada Astro budak 2 orang ni 611 je lah yang tahunya kalau tak TV9 dihatiku sponge bob square pant sponge bob square pant..Uin Ipin aku join Sekaki.. sampai nak tengok korean drama tak dapat.. hape pon tabley.. tapi disebabkan drama drama best banyak yang malam malam so tak de hal lah.. ummi budak 2 orang kol  6 lebih dah balik dari sekolah...


So sejak 2 menjak ni .. inilah Drama -drama yang menjadi tontonan di rumah... ni yang aku layan lah..


Yang Pertama dan yang palinggggg menarik perhatian aku  VANILLA CHOCLATE


Nama Drama: Vanila Coklat [13 Episod]
Arahan: Emi Suffian Sabhe
Terbitan: Asia Media Content
Slot: Lestary TV3
Tarikh mulai siaran: 20 Disember setiap hari selasa jam 9.00 malam
Pelakon: Izara Aishah as Zara, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5) as Amir , Iqram Dinzly as Kamal dan Nabila Daly as Liana


Sinopsis Vanilla Coklat :

Kisah bermula mengenai seorang pelajar perempuan bernama Zara 19 tahun( lakonan Izara Aishah) dan pelajar lelaki Aamir (lakonan Aiman Mentor) 20 tahun yang belajar  di sebuah kolej yang sama, malangnya mereka berdua ni saling benci membenci dan sudah ada kekasih masing -masing.

Aamir selalu mengusik Zara kerana Zara seorang pelajar cemerlang di kolej, Zara membenci Aamir kerana baginya Aamir seorang kaki perempuan.

Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana (Nabila Daly) sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.

Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka.

Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.

Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal (Iqram Dinzly) pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.

Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.

Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.

Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.

Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?

sumber : budiey.com

Cerita agak kelakar ala ala novel.. Kahwin atas untuk mengeratkan tali silaturrrahim kawan.. but Zara And Anir ni dua dua keras kepal.. bila masing masing gaduh ada jelah insiden insiden lucu yang terbit.. .lagipun diorang kahwin muda... but Lakonan Aiman Mentor ni best ..nyanyi time mentor biasa je.. Izara dari dulu dah minat sejak cerita  Keranamu laila..sempoi je budak ni berlakon .. cantik pon yea.. i choose her tahn Nellofa untuk Dewi Remaja..Ost dalam drama ni banyak yang best best lagu Geisha ,Spider dan bla bla..


Yang Kedua GEMERSIK KALBU .. drama adaptasi dari novel GEMERSIK KALBU

Still Ongoing dekat TV3 .. setiap hari ISNIN-KHAMIS pukul 7-8MALAM

Sinopsis
Mengisahkan suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Drama ni menggantikan Drama lakonan Nora Danish dan Ady Putra.. Tentang Dhia.. Drama yang agak mendapat tumpuan rakyat malaysia jugaklah..

Cerita ni baru masuk 3 minggu Tayang dekat tv3... sekarang Suffian tengah tackle Raihana.. cerita agak Best.. dengan Ost ku gigit gigit telinga mu dari aqasha tu.. cerita ni menunjukkan Perbezaan 2 laki laki dalam cara nak memikat hati Raihana.. ..Kalau tengok arwah Wan tackle Raihana lembut dan tak memaksa.. kira gaya paling gentle lah gaya lelaki lelaki baik... berbeza dengan Suffian seakan memaksa dan menggedik lah giler suffian(Aqasha ) dalam drama ni. macam lelaki playboy . sampai si Raihana naik rimas tapi suka... yele kalau hari hari dok kena  kacau..sehari tak kena kacau mesti rindu kan kan... cerita ni masih berjalan but waktu tu kurang kena ..Pukul 7 malam..masa tu orang sibok nak pergi masjid/surau dan budak budak nak mengaji.. awalkan lah 6 petang ke or 6.30 petang ke.... 



Yang ketiga baru lagi release kat TV9   ARIANNA MIKHAIL
Drama ni pon best gak bersiaran  di TV9.. setiap ISNIN dan SELASA ..Pukul 8.30-9.30

Sinopsis:
Mengisahkan Mikhail (Sein) yang telah tamat pengajiannya di London telah pergi bercuti di Paris bersama sahabat karibnya, Jamil (Riezman Khuzaimi). Semasa percutian itu, Mikhail berniat untuk mencari teman wanita berbangsa Perancis tetapi dia ditakdirkan bertemu dengan Ariana (Nora Danish) yang kebetulan singgah bercuti di Paris sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang mempunyai lulusan hiasan dalaman bercuti seorang diri kerana ingin mencari pengalaman dalam dunia hiasan di Eropah.

Pertemuan pertama berlaku apabila Ariana bertembung dengan Mikhail dan ini telah membuat Ariana sangat marah kerana Mikhail langsung tidak meminta maaf kepadanya. Ketika inilah Mikhail dan Jamil mendapat tahu bahawa Ariana merupakan seorang warganegara Malaysia juga. Insiden kedua yang mempertemukan mereka adalah apabila Ariana menyelamatkan Mikhail daripada dimarahi oleh seorang lelaki apabila dia cuba berkenalan dengan seorang wanita Perancis. Walaupun sudah dibantu oleh Ariana namun sikap Mikhail yang masih tidak berterima kasih dan sombong membuatkan Ariana tidak berminat untuk berkawan dengannya.

Bagi membalas budi, Jamil mengajak Ariana makan malam tetapi Mikhail tidak berminat untuk turut serta kerana dia tidak meminati Ariana. Mikhail berkali-kali memberitahu Jamil untuk tidak membuang masa dengan Ariana kerana misi mereka adalah untuk mencari wanita Perancis bukan Melayu. Jamil menasihatkan Mikhail supaya jangan bongkak kerana nanti dia akan tergila-gilakan Ariana.

Bak kata orang tua-tua, “Jangan benci dengan seseorang itu, nanti lama-lama sayang.” Itulah yang terjadi kepada Mikhail apabila dia mula jatuh hati kepada Ariana yang telah menjaganya ketika dia sakit. Mikhail telah memohon maaf kepada Ariana atas sikapnya sebelum ini. Ariana memaafkan Mikhail dan sejak itu mereka mula rapat dan berkawan sehingga lahirnya bibit-bibit cinta.

Pada suatu hari dengan secara tiba-tiba, Mikhail telah meminta Jamil untuk menguruskan pernikahannya dengan Ariana di Paris kerana dia tidak mahu kehilangan Ariana. Jamil menganggapkan Mikhail sudah hilang kewarasan kerana masih terlalu awal untuk mereka berkahwin tetapi Mikhail bersungguh-sungguh untuk mengahwini Ariana. Malam itu, Mikhail melamar Ariana dan keadaan yang romantis membuatkan Ariana terharu dan menerima lamaran Mikhail. Mereka telah bernikah di salah sebuah masjid di Paris.

Tetapi keesokan harinya, selepas satu malam bersama sebagai suami isteri, Mikhail mendapati Ariana sudah tiada lagi di sebelahnya. Mikhail menyangka Ariana keluar untuk membeli-belah tetapi dilihatnya beg pakaian Ariana pun sudah tiada. Puas Mikhail dan Jamil mencari Ariana di tempat-tempat yang selalu mereka kunjungi ketika di Paris namun tiada. Hanya sepucuk surat yang diutuskan kepada Mikhail
-sumber: rentakartis.com-


Disebabkan Both actrees dan actor antara pelakon kegemaran so nak tengok  ok ke tak drama ni.. genre also ala ala novel.. macam novel  Sehangat Asmara Tapi sehangat Asmara yang si lelaki tinggalkan isteri after two month kahwin kalau tak silap.. still skip skip episod gak tangok drama ni




Yang keempat Aishiteru



Setiap hari Khamis ..Bersiaran di TV9  dari 8.30-9.30...tapi kadang kadang terlepas tengok drama ni.. sebab malam Khamis terleka sikit

Sinopsis


Aishiteru bermula dengan Izrael, lakonan Afiq Muiz yang mempunyai tabiat suka berfoya-foya dan sering bertukar pasangan. Suatu hari ketika bersuka-ria di pub bersama rakan-rakan, Izrael ditahan oleh penguatkuasa kerana didapati memiliki pil ecstacy. Izrael bingung kerana dia sememangnya tidak pernah mengambil pil khayal itu dan hairan bagaimana pil itu boleh berada didalam poketnya. Akhirnya Izrael mendapat tahu ianya adalah kerja bekas teman wanitanya bernama Rania yang masih berdendam dengan Izrael kerana memutuskan hubungan cinta mereka.

Datuk Izrael iaitu Leftenan Kolonel (B) Ismail merupakan seorang yang tegas dan telah menjamin Izrael tetapi dengan bersyarat. Izrael perlu menjalani perintah berkurung di rumah dan juga akan dimasukkan ke Institut Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia. Ini membuatkan Izrael berasa rimas kerana dia sering keluar rumah untuk berhibur.

Sehingga suatu hari, dia telah menyelinap mengikut rakan-rakannya bercuti ke Pulau Pangkor. Di satu perkampungan nelayan, Azira, lakonan Erin Malik, meratap sedih kerana terpaksa melepaskan sahabat baiknya Ammar melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. Dalam diam, Azira menaruh hati terhadap Ammar tetapi segan untuk meluahkan hati. Ketika keluarga Ammar sibuk membuat kenduri kesyukuran, Azira telah menyelitkan surat cintanya ke dalam buku Ammar. Harapan Azira agar Ammar membaca surat tersebut dan membalas cintanya.

Izrael dan rakan-rakannya terserempak dengan Azira dan mereka mengusik Azira. Izrael yang sememangnya dikenali sebagai kaki perempuan dikalangan rakan-rakannya telah mengusik Azira yang mempunyai perwatakan yang cantik dan lembut. Sikap ‘jual mahal’ Azira membuatkan Izrael semakin tertarik untuk mendekatinya. Pelbagai cara dilakukan oleh Izrael sehingga penduduk kampung menyangka Azira telah menggatal dengan pemuda dari bandar. Gara-gara mulut Muna yang suka menjaga tepi kain orang terutamanya Azira menguatkan lagi sangkaan buruk penduduk kampung terhadap Azira. Azmi, abang Azira yang bersikap baran telah mengamuk dan telah menggertak untuk mengahwinkan Azira dengan Izrael. Azira menjadi semakin tertekan!

Suatu hari Izrael telah menaiki bot nelayan dan terjatuh ke laut. Izrael berpura-pura lemas dan diselamatkan oleh Pak Aziz, bapa Azira. Izrael terpaksa berbuat begitu semata-mata untuk mendekatkan diri dengan Azira. Pak Aziz simpati dengan Izrael dan membawanya pulang ke rumah. Azira tidak suka dengan kehadiran Izrael, begitu juga dengan Azmi. Izrael yang masih tidak berubah perangai tiba-tiba cuba memeluk dan mencium Azira ketika Azira ingin memberikan air kepada Izrael. Tanpa diduga, Azmi pulang pada waktu itu dan menyaksikan perbuatan tidak senonoh Izrael. Azmi begitu marah dan ingin memukul Azira, tetapi dihalang oleh Izrael yang tiba-tiba sahaja boleh bergerak. Ini membuatkan Azmi bertambah marah kerana Izrael sebenarnya berbohong dan tidak sakit.

Azmi mencabar Izrael untuk berkahwin dengan Azira dan ini membuatkan Izrael terjelepuk di lantai! Muna yang suka membawa mulut telah mendengar pekikan Azmi dan memberitahu seluruh kampung. Keluarga Azira berasa amat malu. Izrael pula terpaksa menelefon ibunya Puan Nora dan ini membuatkan ibunya terutamanya datuk Izrael menjadi terkejut.

Apakah keputusan Izrael? Mana mungkin Azira bersetuju berkahwin dengan Izrael kerana cintanya hanyalah pada Ammar! Adakah Leftenan Kolonel Ismail akan menghantar cucunya yang nakal itu ke Institut Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia? Tunggu dan tonton  dram ini
-sumber sedut.org-


erin malek dalam drama ni agak menggedik giler serius berlakon sebagai budak kampung tak perlu kot macam carca marba je.... tapi still boleh layan  drama ni... Boleh tak sebab ada Izzu Islam yang cute dan jambu itu..tehee..pastu  time borak pasal drama ni dekat x-officemate boleh pulak dia bagitahu si izzu tu ahli kumpulan Forteen berdua bersatu.. hancur nya dan luluh hatiku.. kenapa harus mamat ni masuk grup yang aku tak bape nak berkenan tu.. tsk tskkk..lepas dia bagitau terus aku google tau pasal forteen tu ..tak pernah pernah aku nak google pasal grup tu sebab Izzu..oh Izzu


Dan lain lain Drama yang aku tengok

-Bicara Hati adaptasi novel (Astro Prima ...Serentak pulak tu tayang dengan Vanilla Choclate)

Dan Akn Datang
-Adam& Hawa (sape yang kipas susah mati aron aziz suka latuh..hero korang berlakon)
-Pelangi Kasih (sebab ada Beto Kushairi si pelakon dalam geng surau tu) start esok ganti Bunga April


Tu jekot drama yang aku tengok .... ok le

Kita s’lalu berpendapat, kita ini yang terhebat
Kesombongan di masa muda yang indah





- Kita selalu berpendapat, kita ini yang terhebat,Kesombongan di masa muda yang indah-