Saturday, February 11, 2012

pasca exam pegawai kastam wk1-1







ya ya saya tahu blog ni tak famous amaos menjadikan salah satu faktor tahap kerajinan menaip itu kurang.. namun mungkin juga sebab aku tak nak terlalu explosure about my self sangat so kadar kerajinan menaip tu kurang.. tapi tapi kalau nak tahu true self seseorang aku jawab penuh yakin pergilah ke twitter orang tersebut pasti terserlah watak sebenar mereka.. bagi aku twitter salah satu medium untuk seseorang itu menulis apa yang dia rasa.. orang takde nak marah kalau anda  meroyan di twitter.. tapi kalau anda artis haha siap lah jadi bahan gosip paling laris di muka bumi malaysia ini... ok done.....



so aku nak cerita tentang pasca exam jawatan kastam yang aku lalui haritu.. rata rata yang ambil exam dengan aku kebanyakan nya orang dah bekerjaya, berumahtangga dan juga berumur hampir 30.. aku tak tahu adakah aku antara yang termuda ambil exam kat sekolah alam megah 2 haritu...

so far exam dia senang... sangat senang bagi orang yang dah melalui pengalam hidup yang tinggi tentang malaysia, undang negara dan pengetahuan am... kalau tanya aku yang tidak mempunyai pengalaman yang cukup dek kerana faktor umur baru nak menjangkau 24 tahun ape lah sangat pengalaman kehidupan harian aku.. tapi saya ucapkan terima kasih pada  hobi aku yang suka menonton TV.. banyak jugak lah soalan yang dapat dijawab.. boleh kata hampir 50-60 soalan pasal kastam , cukai.. yang lain lain hal negara... disebabkan aku suka pengetahun am .. jadi aku suka bentuk soalannya walaupun rata rata soalan aku tak tahu.. ngeh ngeh good job su....

kemudian soalan matematik menyusul serius aku cakap soalan matematik untuk exam kastam ni sangattttttttt senang.. walaupun aku ambik kos library science yang satu noharom nombor pon tak jumpa melainkan nombor soalan pon boleh jawab... namun, ada namunnya... soalan dia  punyalah panjang nak baca satu soalan pon dekat 2 minit.. acane nak jawab 40 soalan dalam 45 minit memang tidak lah ko nak sempat.. melainkan ko memang expert membaca dan mencongak secara laju.. aku siap on time.. tapi dekat 10 soalan aku tinggaikan dan aku hentam jelah labu supaya tak nampak kosong..

kemudian essay bahasa inggeris dan bahasa melayu.. part bahasa melayu bukan main lagi calon depan kiri kanan aku hah siap  angkat tangan mintak kertas extra dari pemeriksa exam... yang aku terkedek kedek nak menjawab soalan.. soalan ada 3  pertama pasal teknolog hijau kedua pasal integriti pegawai kastam dan ketiga pasal penyeludupan bagaimana nak mengatasi..kena jawab satu je.. akibat 5 tahun belajar di UITM dimana peperiksaanya fully english dan kena jawab 3 essay english setiap subjek.. aku jadi lost nak berbunga bunga untuk karangan bahasa melayu... jadi berbekalkan pengalaman menaip blog aku menjawab periksa seumpama aku berkarang di dalam blog.. lantak segala etika kastam cogan kata aku keluarkan sebab baru baca kat internet malam sebelumnya jadi masih fresh untuk dimuntahkan di dalam karangan B.M aku tu...

kemudian essay B.I dengan bongkak nya aku dapat jawab dan idea nya lebih dari jawab essay B.M walhal grammar aku dah kelaut dah... rasa nak buat sujud syukur sebab pernah belajar managemant and marketing and communication skill time jadi student dulu.. ada 3 soalan jugak yang aku ingat soalan yang aku pilih jelah.. Diplomacy and Good conduct will make your career advancement, dicuss? senangkan budak budak yang pernah ambik commumication skill sekalian kan.


lepas ni ada ujian kecergasan.. aku tak mengharapkan seratus peratus boleh dapat.. cuma pengalaman ni cukup bermakna untuk aku untuk mencuba lagi.. sebab lepas ni nak apply DPLI ... so DPLI pon ada exam camni cuma format lain... menjadi guru priority aku sejak kecik menjadi pegawai kastam adalah cita cita aku yang baru timbul selepas tamat persekolahan...so agak seronok bila usaha ke arah itu ada...




#offtopic

seriously aku bukan  rajin nak update blog ni.. sebab aku lebih rajin berceloteh di twitter dan tumblr serta merelaxkan minda di 9gag.... so kalau aku rajin je baru aku  jengah blog ni...p lah sign up twiter follow me kita bincang bincang gosip gosip kat sana... facebook aku bukak but nak tahu hal ehwal semasa je.. boringggg

eyh sekejap tadi aku selak entry lama  time muda mudi ...yelah aku start buat blog ni tahun 2008.. bila aku tutup sekejap blog ni tahun lepas aku draft kan hampir 90 % entry kebudak budakkan kepoyoan serta ke-super junior-an aku tuh.....hampir menitis air mata bergelak ketawa melihat betapa poyo dan tak matured nya tulisan aku time diploma dulu.. dan jangan haraplah aku nak publish semua tu.. dibuatkan adik dan sepupu  aku baca menjadi satu bahan yang takkan berakhir untuk membahan aku di kampung time raya.. ok terima kasih....

cop cop nah link twitter




















Nanti kita kan tahu Betapa bijaknya hidupSepahit apapun ini Pelajaran yang berarti

No comments: