Saturday, February 11, 2012

mereka telah selamat upgrade status

TAHNIAH TAHNIAH dan beribu TAHNIAH dari saya... one step closer..!! SELAMAT MENJADI TUNANGAN ORANG... mereka ni tengah berdarah manis bak kata orang tua-tua.. sedap dihirup oleh para vampire..

The first couple is  my cousin saiful islam atau epoi dengan pasangan nya saerah...(28/1/2012)



time nak discuss hari , wang hantaran dan sebagainya kerja orang otai otai...  


 tu le epoi nye..
.. yang sebelah tu wali saya




   
jeng jeng ni lah saerah tunangnya epoi .. with mak mak long ( opah saya yang bertudung biru) and mak belah paklong


maklong my aunt..time sarung cincin.. ni anak ketiga lelaki dan yang terakhir untuk disarung cincin.. lepas ni wawa ..terima menantu lah pula... 




dan jugak tukang bawak hantaran 17 berbalas 15 belas ke berapa ntah.. as usual orang perak ni memang suka bagi hantaran banyak banyak.. bukan kasi laptop ke black berry ke but lebih kepada makanan.. contoh mak cho kasi cake.. ayah chik kasi biskut.. kumpul jadi banyak.. tuan rumah buat tak smapai sepuluh pon... bukan adat sebenarnya tapi dah jadi kebiasaan.. rumah saerah dengan umah mak long ni dekat je . tak sampai 10 minit.. bak kata my pak Usu tak sempat nak masuk gear 2 dah sampai (hiperbola disitu)...
aku memang suka rosakkan tema orang.. yang lain paki biri pearl aku jelah hai seketul pakai oren ceklat..






Yang seterusnya 3 classmate/Dormmate time kat Sekolah Menengah  Teknik gombak ..


Raihana ( classmate time form 4 &5 dan Dorm mate time form 5) (raya cina hari tu)
Mas Shafira ( Classmate time form 4 dan Dorm mate form 4 &5) (11/2/2012)
Aszuraizi ( Classmate form 4 &5)(28/1/2012)






    Aszuraizi- dengan aszu aku tak banyak kenangan sangat... sebab time sekolah aku memang tak rapat dengan budak lelaki.. sedangkan sepupu aku yang satu teknik tu pon aku tak bertegur sapa sangat.. konon konon pemalu lah.. entah macam mana time masuk universiti aku jadi elok pulak bersembang dengan budak budak lelaki..termasuk lah classmate aku ni aku dah boleh start berborak...Mas form 5 dia duduk belakang meja aku... tu jelah yang aku ingat




 Mas Shafira- banyak jugak kenangan sebab dialah makhluk pertama yang tegur aku time kat teknik masa nak beratur daftar nama. tiba tiba belakang aku ada orang cuit.. terus je melekat dengan dia.. lagi lagi kitorang satu class... form 5 dia jadi penghulu blok dah tak berapa nak rapat sebab ada budak satu dorm yang lebih rapat dengan dia.. dan aku pon jumpa geng  geng aku sendiri....






Raihana- si comel ni lah yang berkongsi meja time form 5 dulu.. meja kena pair 2 2  so dia duduk sebelah aku... satu kadet polis.. satu dorm masa form 5.. bukan satu geng tapi banyak waktu dihabiskan oleh aktiviti aktiviti sekolah..tunang dia budak kelas mekanikal -5 Meka 1-...yang kitorang 5 Awam 1 bukan senang couple dari sekolah.. lama dorang couple ni.. aku dulu pon berelationship dengan budak  5 Meka 1.. aku tak dapat ikot jejak langkah dorang ... si ex dah selamat dengan orang lain dah... congrats rai
................................................................................................................
masa muka budak sekolah dulu


 masa ni hari orientasi sekolah.. baru seminggu jejak kaki dekat teknik gombak...tu semua basah sebab kena mandi air longkang.. wajib menyelam okeyh.. kejam tak kejam lah time tu.. tapi batch kitorang tak pernah merungut.. lepas batch kitorang ada student report ...semejak tu dah takde aktiviti aktiviti adventure amacam ni lagi setakat lari lari biasa je..




ni jelah ketul ketul budak laki kelas masa form 4.. budak kejuruteraan awam memang rata rata banyak perempuan.. lelaki tak sampai 10 orang satu kelas.. kira terbalik dengan budak kejuretaraan mekanikal.. kelas dorang lagilah perempuan tak lebih dari 5 orang... Aszu 2 dari kiri




masa last last day sekolah time form 4.... agak sedih masa ni sebab kitorang dah rapat .. time form 5 dah kena pecah kelas...sob sob ..muka aku tak nak gangster pulak kan time ni




actually aku tak gemar gambar ni.. tapi ni jela hai gambar aku dengan rai... rai pon satu kadet polis dengan aku...dia sorang je gentle tak pakai uniform kadet....






and next week my housemate time degree cik Rosini Bujang akan bertunang pulak juga kakak senior satu bilik time diploma kat segamat juga akan bertunang...






selamat upgrade status!




*credit gambar kepada FB orang orang yang terlibat



pasca exam pegawai kastam wk1-1







ya ya saya tahu blog ni tak famous amaos menjadikan salah satu faktor tahap kerajinan menaip itu kurang.. namun mungkin juga sebab aku tak nak terlalu explosure about my self sangat so kadar kerajinan menaip tu kurang.. tapi tapi kalau nak tahu true self seseorang aku jawab penuh yakin pergilah ke twitter orang tersebut pasti terserlah watak sebenar mereka.. bagi aku twitter salah satu medium untuk seseorang itu menulis apa yang dia rasa.. orang takde nak marah kalau anda  meroyan di twitter.. tapi kalau anda artis haha siap lah jadi bahan gosip paling laris di muka bumi malaysia ini... ok done.....



so aku nak cerita tentang pasca exam jawatan kastam yang aku lalui haritu.. rata rata yang ambil exam dengan aku kebanyakan nya orang dah bekerjaya, berumahtangga dan juga berumur hampir 30.. aku tak tahu adakah aku antara yang termuda ambil exam kat sekolah alam megah 2 haritu...

so far exam dia senang... sangat senang bagi orang yang dah melalui pengalam hidup yang tinggi tentang malaysia, undang negara dan pengetahuan am... kalau tanya aku yang tidak mempunyai pengalaman yang cukup dek kerana faktor umur baru nak menjangkau 24 tahun ape lah sangat pengalaman kehidupan harian aku.. tapi saya ucapkan terima kasih pada  hobi aku yang suka menonton TV.. banyak jugak lah soalan yang dapat dijawab.. boleh kata hampir 50-60 soalan pasal kastam , cukai.. yang lain lain hal negara... disebabkan aku suka pengetahun am .. jadi aku suka bentuk soalannya walaupun rata rata soalan aku tak tahu.. ngeh ngeh good job su....

kemudian soalan matematik menyusul serius aku cakap soalan matematik untuk exam kastam ni sangattttttttt senang.. walaupun aku ambik kos library science yang satu noharom nombor pon tak jumpa melainkan nombor soalan pon boleh jawab... namun, ada namunnya... soalan dia  punyalah panjang nak baca satu soalan pon dekat 2 minit.. acane nak jawab 40 soalan dalam 45 minit memang tidak lah ko nak sempat.. melainkan ko memang expert membaca dan mencongak secara laju.. aku siap on time.. tapi dekat 10 soalan aku tinggaikan dan aku hentam jelah labu supaya tak nampak kosong..

kemudian essay bahasa inggeris dan bahasa melayu.. part bahasa melayu bukan main lagi calon depan kiri kanan aku hah siap  angkat tangan mintak kertas extra dari pemeriksa exam... yang aku terkedek kedek nak menjawab soalan.. soalan ada 3  pertama pasal teknolog hijau kedua pasal integriti pegawai kastam dan ketiga pasal penyeludupan bagaimana nak mengatasi..kena jawab satu je.. akibat 5 tahun belajar di UITM dimana peperiksaanya fully english dan kena jawab 3 essay english setiap subjek.. aku jadi lost nak berbunga bunga untuk karangan bahasa melayu... jadi berbekalkan pengalaman menaip blog aku menjawab periksa seumpama aku berkarang di dalam blog.. lantak segala etika kastam cogan kata aku keluarkan sebab baru baca kat internet malam sebelumnya jadi masih fresh untuk dimuntahkan di dalam karangan B.M aku tu...

kemudian essay B.I dengan bongkak nya aku dapat jawab dan idea nya lebih dari jawab essay B.M walhal grammar aku dah kelaut dah... rasa nak buat sujud syukur sebab pernah belajar managemant and marketing and communication skill time jadi student dulu.. ada 3 soalan jugak yang aku ingat soalan yang aku pilih jelah.. Diplomacy and Good conduct will make your career advancement, dicuss? senangkan budak budak yang pernah ambik commumication skill sekalian kan.


lepas ni ada ujian kecergasan.. aku tak mengharapkan seratus peratus boleh dapat.. cuma pengalaman ni cukup bermakna untuk aku untuk mencuba lagi.. sebab lepas ni nak apply DPLI ... so DPLI pon ada exam camni cuma format lain... menjadi guru priority aku sejak kecik menjadi pegawai kastam adalah cita cita aku yang baru timbul selepas tamat persekolahan...so agak seronok bila usaha ke arah itu ada...




#offtopic

seriously aku bukan  rajin nak update blog ni.. sebab aku lebih rajin berceloteh di twitter dan tumblr serta merelaxkan minda di 9gag.... so kalau aku rajin je baru aku  jengah blog ni...p lah sign up twiter follow me kita bincang bincang gosip gosip kat sana... facebook aku bukak but nak tahu hal ehwal semasa je.. boringggg

eyh sekejap tadi aku selak entry lama  time muda mudi ...yelah aku start buat blog ni tahun 2008.. bila aku tutup sekejap blog ni tahun lepas aku draft kan hampir 90 % entry kebudak budakkan kepoyoan serta ke-super junior-an aku tuh.....hampir menitis air mata bergelak ketawa melihat betapa poyo dan tak matured nya tulisan aku time diploma dulu.. dan jangan haraplah aku nak publish semua tu.. dibuatkan adik dan sepupu  aku baca menjadi satu bahan yang takkan berakhir untuk membahan aku di kampung time raya.. ok terima kasih....

cop cop nah link twitter




















Nanti kita kan tahu Betapa bijaknya hidupSepahit apapun ini Pelajaran yang berarti

Friday, February 3, 2012

Doakan Saya

Alhamdulillah satu pengalaman baru akan saya dapt sabtu ni..
dapat jugak melalui saringan peperiksaan untuk menjadi penjawat awam..
atleast nama tu kena panggil jugak kan..


ni tengah tengah setadi tiba-tiba teringat lama dah tak jenguk blog ni since laptop udin dah bawak balik Melaka..


malas nak update guna PC ni ssebab sangat lah lambat..


apapapun semua ni pengalaman..


byt the way kad jemputan classmate time 5 kat teknik dulu dah dapat kat grup FB...


Pau congrats on your wedding this March..


Congrats jugak budak sebelah meja time form 5 and budak belakang meja time form 5 Azu n Rai on you e-Day... 


Hope lekat le apa orang kata tempias tempiasnya kat classmate yang sorang ni... 
anyway congrats jugak last week my cousin e-day.....
semoga February memberi cerita indah untuk saya...














-::jejak-jejak langkahku Bagaikan lembaran waktu Apakah ku masih bisa terus melangkah Serpihan hidupku Kan ku bangun di atasSatu cinta::