Monday, January 16, 2012

Doa Serta Tips Dipermudahkan Jodohnya





tak boleh nak gangster lagi ke posing tu makcik ..-2004 4 Awam 1 S.M.T Gombak in memory-



Dulu ketika aku masih di bangku sekolah ...time sekolah teknik duduk dalam dorm sembang sembang kosong dengan dormmate.. kalo tak cakap pasal kahwin tak sah... masing masing akan meluahkan isihati bila nak kahwin , nama nama anak bila dah kahwin nanti.. yeahh di saat umur 16 tahun menginjak 17 tahun dah sibok nak kahwin.. nampak benor gatai tahap jingga...serius ini antara topik perbualaan budak perempuan di asrama.. aku dulu pon poyo poyo dan yakin  jawab " aku umur 23 tahun kahwin paling lambat 25 lah" hah hambik kau .... sekarang dah 2012 aku dah nak masuk 24 still 23 kalau ikut bulan acane ni target belum capai....padan muka sapa suruh clash.. eeh tak salah clash pon.. tu semua aturan dari Dia untuk Hambanya....
Namun bila diusia begini bila balik kampung silakan lah menadah telinga untuk mendengar mak sedara ,pak menakan , nenek yang sibok bertanya...


Baiklah kepada mereka yang menempuh perkara yang sma dengan aku ketika ini, meh nak kasi tips sikit.. jangan la pulak hang pa semua kecewa menonggeng takde sapa nak kat hangpa semua.. setiap manusia pasti ada jodohnya


Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.

1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.

2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.

3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.

4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah

5.  Kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah.

6. Solat hajat 2 rakaat & Doa, 2 rakaat lagi & Doa, 2 rakaat lagi & Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)

7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya

8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;
Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.

10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.

12. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.

Insyaalllah jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain. -credit-


Disini jugak aku sertakan doa yang boleh dipraktiskan oleh rakan rakan taulan sekalian.. ;)



boleh lah diamalkan siapa yang rasa susah sangat jodoh dia nak datang.. cuba amal jangan cuba tengok je..

 
ini pula doa yang sesuai untuk rakan rakan yang frust menonggeng dok 5, 6 tahun bercinta last last putus di tengah jalan.. jangan la pulak korang frust menongeng.. buat rugi airmata.. cuba amalkan doa ni .. setidak tidaknya tenang sikit hati... dah jangan frust frust dah...

 so jangan lah kahwin lambat lambat .. tahukah anda ikatan perkahwinan dapat mengurangkan kadar tekanan emosi manusia.. sebab perasaan stress itu dapat dikongsi dengan pasangan... berkahwinlah kalau sudah mampu zahir dan batin...



actually tahun ni sahaja 7 sepupu dan 2pupu aku take turn nak kahwin itu yang confirm yang belum confirm dan tak dijangka pon ramaiiiii.. sebab masing masing umur dah 25 ke atas.... satu jumlah yang ramai berbanding 2 orang sahaja pada tahun lepas..... belom campur classmaye time teknik dan faucltymate yang nak kahwin lagi.. aku beating bukak Fb pasti ada invitation kan  kan..selamat lah korang......



p/s : Ally Iskandar dah nak kahwin cantik bakal isteri dia.. Selamat pengantin Baru......





"mungkin salah ku tak mencari mu sepenuh hati maafkan aku"

2 comments:

ainnia said...

jumpa doa putus cinta..huuuu. ohh anyway, ain baru tuka url http://ainniapunyablog.blogspot.com

Saff Su said...

okeyh...