Thursday, January 19, 2012

Kawan


Baik Baik aku janji aku tak kan meroyan asyik post pasal ...shupar juniorrr ...tapi tadi tengah scroll hal ehwal semasa politik, kemasyakatan dan tentang masyarakat sejagat... boleh pulak jari ni ter-open new tab pastu ter-open "tubeawak" ,ter-search lagu suju.. lepas tu dimalam yang sepi pi pi pak mat jual topi pipi..
Okey okey serius terdengar 2 lagu antara yang favourite  yang membolehkan aku bergenang airmata sebab rindu dekat kawan kawan.. serious... sebab makna lagu ini dan  juga lagu ni  antara peneman aku yang cukup setia ecewah... setia lah sangat time pukul 2 dah sunyi budak rumah tido aku terus  pasang playlist surah surah al-quran.. aman terus  actually  takut pon satu tenang pon satu ....time masa buat thesis dulu.. bertungkus lumus sampai  4 pagi  buat dengan gigih dengan En.Amzari yang sangat cerewet tentang ayat ayat..biar ayat tak bombastik janji effort nak tulis sendiri dan idea tu .. lagi lagi part recommendation tu. ya ampun sampai time nak jilid tu pon dia suruh tambah lagi ayat... sampai ada le yang kata aku tido lambat kerja copy paste..orang macam ni campak ke laut  bagi jerung makan je weyh.. orang berfikiran akal detak kat lutut.... dan sekarang Allah kasi cash je weyh balasan.  Dah malas nak cerita pasal suka duka taip kerah buat thesis dulu.. sekarang nak suruh korang pulak dengar lagu favourite tema persahabatan.. dengar taw.. dengar malam malam sambil bukak album album time sekolah teknik, diploma ijzah.. meraung hati nak jumpa korang yang digelar SAHABAT... tapi tak nak jumpa Rakan.. beza  okey 2 perkataan tu ...

nah dengar.....
Firts song- Shining Star....





Lagu kedua Good Person .. lagu ni lagu remark ..lagu ni lagu kira artis veteran yang nyanyi... but dorang nyanyikan balik.. lagu ni fofular.. ramai artis korea yang buat remark lagu ni... tapi bila dengar lagu ni teringat my SAHABAT ...








even cakap dorang congcencjfdlaBJHfdj  ncxsbghndss hagham nak faham melainkan baca translate.. but the song the lyric captured my heart..that's all..



Tiba -tiba malam malam buta ni PMS rindu kat korang korang weyh SAHABAT SAHABAT saya.....




                                                        daaaaaaaaaaaaaa










Tiada yang nak gaduh,Tiada yang nak tentang,Hingga rasa menjadi kering kontang


Drama.Drama.Drama....

Sepanjang 2 minggu menggangur dengan berjaya ni.. aku banyak memperhabiskan masa jadi Babysitter kepada anak ustazah bawah ni .. Ye along dan adik ..eh bukan ..sape adik angah dah sekarang adik ada dalam perut ummi kata beliau.. yelah 3 tahun panggil ko adik tiba-tiba nak tukar angah agak susah disitu yea..

Selain menjadi babysitter yang berjaya aku juga dapat le meluangkan waktu menonton siaran  televisyen itu pun curi curi tukar.. kalau tidak confirm channel 611.. sejak ada Astro budak 2 orang ni 611 je lah yang tahunya kalau tak TV9 dihatiku sponge bob square pant sponge bob square pant..Uin Ipin aku join Sekaki.. sampai nak tengok korean drama tak dapat.. hape pon tabley.. tapi disebabkan drama drama best banyak yang malam malam so tak de hal lah.. ummi budak 2 orang kol  6 lebih dah balik dari sekolah...


So sejak 2 menjak ni .. inilah Drama -drama yang menjadi tontonan di rumah... ni yang aku layan lah..


Yang Pertama dan yang palinggggg menarik perhatian aku  VANILLA CHOCLATE


Nama Drama: Vanila Coklat [13 Episod]
Arahan: Emi Suffian Sabhe
Terbitan: Asia Media Content
Slot: Lestary TV3
Tarikh mulai siaran: 20 Disember setiap hari selasa jam 9.00 malam
Pelakon: Izara Aishah as Zara, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5) as Amir , Iqram Dinzly as Kamal dan Nabila Daly as Liana


Sinopsis Vanilla Coklat :

Kisah bermula mengenai seorang pelajar perempuan bernama Zara 19 tahun( lakonan Izara Aishah) dan pelajar lelaki Aamir (lakonan Aiman Mentor) 20 tahun yang belajar  di sebuah kolej yang sama, malangnya mereka berdua ni saling benci membenci dan sudah ada kekasih masing -masing.

Aamir selalu mengusik Zara kerana Zara seorang pelajar cemerlang di kolej, Zara membenci Aamir kerana baginya Aamir seorang kaki perempuan.

Liana, rakan sekelas Zara yang gedik dan mengada-ngada menganggap kononnya Aamir adalah hak miliknya. Liana (Nabila Daly) sentiasa berkepit dengan Aamir supaya semua orang melihat mereka benar-benar bercinta. Berbeza dengan Zara, Liana seorang wanita yang lemah lembut namun semua itu dibuat-buat kerana dia sememangnya bercita-cita ingin berkahwin dengan anak orang kaya. Zara mempunyai kekasih hati iaitu Kamal, yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.

Ibu bapa Zara, Dr. Ungku Musa dan isteri tidak menyukai Kamal, begitu juga ibu bapa Aamir, Datuk Ahmad dan Datin Dalila yang kurang menggemari sikap Liana kerana tidak menghormati orang tua. Suatu hari, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang untuk menyatukan anak mereka.

Seperti berbezanya Vanila dan Coklat, begitulah sukarnya untuk menyatukan Zara dan Aamir. Pelbagai usaha dilakukan oleh ibu bapa mereka agar mereka bersetuju untuk berkahwin sehingga Datuk Ahmad terpaksa berpura-pura diserang sakit jantung dan permintaan terakhirnya ialah ingin melihat Zara dan Aamir disatukan. Akhirnya, Aamir akur dan bersetuju.

Walaupun telah berkahwin, Zara dan Aamir tetap hidup berasingan. Zara telah memberi syarat yang harus dipatuhi oleh Aamir. Menyedari situasi ini, Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad merancang sebuah percutian bulan madu untuk Zara dan Aamir. Mereka berdua tidak membantah namun pelbagai alasan diberikan untuk tidak berbulan madu di luar negara dan hanya memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pertama mereka. Masih tiada kemesraan di antara mereka.

Zara dan Aamir meneruskan pengajian mereka seperti biasa, Kamal (Iqram Dinzly) pula tiap-tiap hari menghasut Zara, jika dia masih bersama Aamir, dia tidak akan bahagia kerana perangai Aamir yang teruk. Suatu hari, satu pergaduhan besar berlaku di antara Zara dengan Aamir sehingga Aamir meninggalkan Zara keseorangan di tepi jalan ketika hujan. Zara menghalau Aamir keluar dari rumah kerana dia terpedaya dengan kata-kata Kamal. Apabila Zara membuka pintu, dia melihat Aamir telahpun pengsan. Sebenarnya Aamir tidak makan satu hari kerana dia berjanji untuk makan bersama Zara.

Dari saat itu, Zara dihantui rasa serba salah dan mula menunjukkan naluri seorang isteri. Dia mula menyedari perkahwinan bukanlah perkara main-main. Tiba cuti semester, Zara dan Aamir pergi ke Genting Highlands untuk meluang masa bersama. Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.

Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.

Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.

Sejak kejadian tersebut, hubungan Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad renggang. Bagi Zara, dia mempercayai suaminya kerana dia mengenali perangai Liana. Bagaimana Zara dan Aamir ingin memulihkan hubungan keluarga mereka? Apakah rancangan seterusnya Dr. Ungku Musa dan Datuk Ahmad selepas masing-masing bermusuh? Apa pula strategi Kamal dan Liana untuk memenangi hati keluarga kekasih mereka?

sumber : budiey.com

Cerita agak kelakar ala ala novel.. Kahwin atas untuk mengeratkan tali silaturrrahim kawan.. but Zara And Anir ni dua dua keras kepal.. bila masing masing gaduh ada jelah insiden insiden lucu yang terbit.. .lagipun diorang kahwin muda... but Lakonan Aiman Mentor ni best ..nyanyi time mentor biasa je.. Izara dari dulu dah minat sejak cerita  Keranamu laila..sempoi je budak ni berlakon .. cantik pon yea.. i choose her tahn Nellofa untuk Dewi Remaja..Ost dalam drama ni banyak yang best best lagu Geisha ,Spider dan bla bla..


Yang Kedua GEMERSIK KALBU .. drama adaptasi dari novel GEMERSIK KALBU

Still Ongoing dekat TV3 .. setiap hari ISNIN-KHAMIS pukul 7-8MALAM

Sinopsis
Mengisahkan suka duka Raihana, seorang wanita yang tabah mengharungi dugaan hidup sejak kecil ditinggalkan dalam jagaan neneknya. Raihana bagaikan terkontang-kanting mencari kasih sayang dalam dunianya sendiri apabila neneknya meninggal dunia. Pertemuan dengan Wan Ariffin, yang sama kerjaya dengannya membenihkan bibit-bibit cinta. Namun, setelah ikatan terjalin, Wan Ariffin pula pergi menyahut panggilan ilahi. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.

Drama ni menggantikan Drama lakonan Nora Danish dan Ady Putra.. Tentang Dhia.. Drama yang agak mendapat tumpuan rakyat malaysia jugaklah..

Cerita ni baru masuk 3 minggu Tayang dekat tv3... sekarang Suffian tengah tackle Raihana.. cerita agak Best.. dengan Ost ku gigit gigit telinga mu dari aqasha tu.. cerita ni menunjukkan Perbezaan 2 laki laki dalam cara nak memikat hati Raihana.. ..Kalau tengok arwah Wan tackle Raihana lembut dan tak memaksa.. kira gaya paling gentle lah gaya lelaki lelaki baik... berbeza dengan Suffian seakan memaksa dan menggedik lah giler suffian(Aqasha ) dalam drama ni. macam lelaki playboy . sampai si Raihana naik rimas tapi suka... yele kalau hari hari dok kena  kacau..sehari tak kena kacau mesti rindu kan kan... cerita ni masih berjalan but waktu tu kurang kena ..Pukul 7 malam..masa tu orang sibok nak pergi masjid/surau dan budak budak nak mengaji.. awalkan lah 6 petang ke or 6.30 petang ke.... 



Yang ketiga baru lagi release kat TV9   ARIANNA MIKHAIL
Drama ni pon best gak bersiaran  di TV9.. setiap ISNIN dan SELASA ..Pukul 8.30-9.30

Sinopsis:
Mengisahkan Mikhail (Sein) yang telah tamat pengajiannya di London telah pergi bercuti di Paris bersama sahabat karibnya, Jamil (Riezman Khuzaimi). Semasa percutian itu, Mikhail berniat untuk mencari teman wanita berbangsa Perancis tetapi dia ditakdirkan bertemu dengan Ariana (Nora Danish) yang kebetulan singgah bercuti di Paris sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang mempunyai lulusan hiasan dalaman bercuti seorang diri kerana ingin mencari pengalaman dalam dunia hiasan di Eropah.

Pertemuan pertama berlaku apabila Ariana bertembung dengan Mikhail dan ini telah membuat Ariana sangat marah kerana Mikhail langsung tidak meminta maaf kepadanya. Ketika inilah Mikhail dan Jamil mendapat tahu bahawa Ariana merupakan seorang warganegara Malaysia juga. Insiden kedua yang mempertemukan mereka adalah apabila Ariana menyelamatkan Mikhail daripada dimarahi oleh seorang lelaki apabila dia cuba berkenalan dengan seorang wanita Perancis. Walaupun sudah dibantu oleh Ariana namun sikap Mikhail yang masih tidak berterima kasih dan sombong membuatkan Ariana tidak berminat untuk berkawan dengannya.

Bagi membalas budi, Jamil mengajak Ariana makan malam tetapi Mikhail tidak berminat untuk turut serta kerana dia tidak meminati Ariana. Mikhail berkali-kali memberitahu Jamil untuk tidak membuang masa dengan Ariana kerana misi mereka adalah untuk mencari wanita Perancis bukan Melayu. Jamil menasihatkan Mikhail supaya jangan bongkak kerana nanti dia akan tergila-gilakan Ariana.

Bak kata orang tua-tua, “Jangan benci dengan seseorang itu, nanti lama-lama sayang.” Itulah yang terjadi kepada Mikhail apabila dia mula jatuh hati kepada Ariana yang telah menjaganya ketika dia sakit. Mikhail telah memohon maaf kepada Ariana atas sikapnya sebelum ini. Ariana memaafkan Mikhail dan sejak itu mereka mula rapat dan berkawan sehingga lahirnya bibit-bibit cinta.

Pada suatu hari dengan secara tiba-tiba, Mikhail telah meminta Jamil untuk menguruskan pernikahannya dengan Ariana di Paris kerana dia tidak mahu kehilangan Ariana. Jamil menganggapkan Mikhail sudah hilang kewarasan kerana masih terlalu awal untuk mereka berkahwin tetapi Mikhail bersungguh-sungguh untuk mengahwini Ariana. Malam itu, Mikhail melamar Ariana dan keadaan yang romantis membuatkan Ariana terharu dan menerima lamaran Mikhail. Mereka telah bernikah di salah sebuah masjid di Paris.

Tetapi keesokan harinya, selepas satu malam bersama sebagai suami isteri, Mikhail mendapati Ariana sudah tiada lagi di sebelahnya. Mikhail menyangka Ariana keluar untuk membeli-belah tetapi dilihatnya beg pakaian Ariana pun sudah tiada. Puas Mikhail dan Jamil mencari Ariana di tempat-tempat yang selalu mereka kunjungi ketika di Paris namun tiada. Hanya sepucuk surat yang diutuskan kepada Mikhail
-sumber: rentakartis.com-


Disebabkan Both actrees dan actor antara pelakon kegemaran so nak tengok  ok ke tak drama ni.. genre also ala ala novel.. macam novel  Sehangat Asmara Tapi sehangat Asmara yang si lelaki tinggalkan isteri after two month kahwin kalau tak silap.. still skip skip episod gak tangok drama ni




Yang keempat Aishiteru



Setiap hari Khamis ..Bersiaran di TV9  dari 8.30-9.30...tapi kadang kadang terlepas tengok drama ni.. sebab malam Khamis terleka sikit

Sinopsis


Aishiteru bermula dengan Izrael, lakonan Afiq Muiz yang mempunyai tabiat suka berfoya-foya dan sering bertukar pasangan. Suatu hari ketika bersuka-ria di pub bersama rakan-rakan, Izrael ditahan oleh penguatkuasa kerana didapati memiliki pil ecstacy. Izrael bingung kerana dia sememangnya tidak pernah mengambil pil khayal itu dan hairan bagaimana pil itu boleh berada didalam poketnya. Akhirnya Izrael mendapat tahu ianya adalah kerja bekas teman wanitanya bernama Rania yang masih berdendam dengan Izrael kerana memutuskan hubungan cinta mereka.

Datuk Izrael iaitu Leftenan Kolonel (B) Ismail merupakan seorang yang tegas dan telah menjamin Izrael tetapi dengan bersyarat. Izrael perlu menjalani perintah berkurung di rumah dan juga akan dimasukkan ke Institut Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia. Ini membuatkan Izrael berasa rimas kerana dia sering keluar rumah untuk berhibur.

Sehingga suatu hari, dia telah menyelinap mengikut rakan-rakannya bercuti ke Pulau Pangkor. Di satu perkampungan nelayan, Azira, lakonan Erin Malik, meratap sedih kerana terpaksa melepaskan sahabat baiknya Ammar melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. Dalam diam, Azira menaruh hati terhadap Ammar tetapi segan untuk meluahkan hati. Ketika keluarga Ammar sibuk membuat kenduri kesyukuran, Azira telah menyelitkan surat cintanya ke dalam buku Ammar. Harapan Azira agar Ammar membaca surat tersebut dan membalas cintanya.

Izrael dan rakan-rakannya terserempak dengan Azira dan mereka mengusik Azira. Izrael yang sememangnya dikenali sebagai kaki perempuan dikalangan rakan-rakannya telah mengusik Azira yang mempunyai perwatakan yang cantik dan lembut. Sikap ‘jual mahal’ Azira membuatkan Izrael semakin tertarik untuk mendekatinya. Pelbagai cara dilakukan oleh Izrael sehingga penduduk kampung menyangka Azira telah menggatal dengan pemuda dari bandar. Gara-gara mulut Muna yang suka menjaga tepi kain orang terutamanya Azira menguatkan lagi sangkaan buruk penduduk kampung terhadap Azira. Azmi, abang Azira yang bersikap baran telah mengamuk dan telah menggertak untuk mengahwinkan Azira dengan Izrael. Azira menjadi semakin tertekan!

Suatu hari Izrael telah menaiki bot nelayan dan terjatuh ke laut. Izrael berpura-pura lemas dan diselamatkan oleh Pak Aziz, bapa Azira. Izrael terpaksa berbuat begitu semata-mata untuk mendekatkan diri dengan Azira. Pak Aziz simpati dengan Izrael dan membawanya pulang ke rumah. Azira tidak suka dengan kehadiran Izrael, begitu juga dengan Azmi. Izrael yang masih tidak berubah perangai tiba-tiba cuba memeluk dan mencium Azira ketika Azira ingin memberikan air kepada Izrael. Tanpa diduga, Azmi pulang pada waktu itu dan menyaksikan perbuatan tidak senonoh Izrael. Azmi begitu marah dan ingin memukul Azira, tetapi dihalang oleh Izrael yang tiba-tiba sahaja boleh bergerak. Ini membuatkan Azmi bertambah marah kerana Izrael sebenarnya berbohong dan tidak sakit.

Azmi mencabar Izrael untuk berkahwin dengan Azira dan ini membuatkan Izrael terjelepuk di lantai! Muna yang suka membawa mulut telah mendengar pekikan Azmi dan memberitahu seluruh kampung. Keluarga Azira berasa amat malu. Izrael pula terpaksa menelefon ibunya Puan Nora dan ini membuatkan ibunya terutamanya datuk Izrael menjadi terkejut.

Apakah keputusan Izrael? Mana mungkin Azira bersetuju berkahwin dengan Izrael kerana cintanya hanyalah pada Ammar! Adakah Leftenan Kolonel Ismail akan menghantar cucunya yang nakal itu ke Institut Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia? Tunggu dan tonton  dram ini
-sumber sedut.org-


erin malek dalam drama ni agak menggedik giler serius berlakon sebagai budak kampung tak perlu kot macam carca marba je.... tapi still boleh layan  drama ni... Boleh tak sebab ada Izzu Islam yang cute dan jambu itu..tehee..pastu  time borak pasal drama ni dekat x-officemate boleh pulak dia bagitahu si izzu tu ahli kumpulan Forteen berdua bersatu.. hancur nya dan luluh hatiku.. kenapa harus mamat ni masuk grup yang aku tak bape nak berkenan tu.. tsk tskkk..lepas dia bagitau terus aku google tau pasal forteen tu ..tak pernah pernah aku nak google pasal grup tu sebab Izzu..oh Izzu


Dan lain lain Drama yang aku tengok

-Bicara Hati adaptasi novel (Astro Prima ...Serentak pulak tu tayang dengan Vanilla Choclate)

Dan Akn Datang
-Adam& Hawa (sape yang kipas susah mati aron aziz suka latuh..hero korang berlakon)
-Pelangi Kasih (sebab ada Beto Kushairi si pelakon dalam geng surau tu) start esok ganti Bunga April


Tu jekot drama yang aku tengok .... ok le

Kita s’lalu berpendapat, kita ini yang terhebat
Kesombongan di masa muda yang indah





- Kita selalu berpendapat, kita ini yang terhebat,Kesombongan di masa muda yang indah-

Monday, January 16, 2012

Doa Serta Tips Dipermudahkan Jodohnya





tak boleh nak gangster lagi ke posing tu makcik ..-2004 4 Awam 1 S.M.T Gombak in memory-



Dulu ketika aku masih di bangku sekolah ...time sekolah teknik duduk dalam dorm sembang sembang kosong dengan dormmate.. kalo tak cakap pasal kahwin tak sah... masing masing akan meluahkan isihati bila nak kahwin , nama nama anak bila dah kahwin nanti.. yeahh di saat umur 16 tahun menginjak 17 tahun dah sibok nak kahwin.. nampak benor gatai tahap jingga...serius ini antara topik perbualaan budak perempuan di asrama.. aku dulu pon poyo poyo dan yakin  jawab " aku umur 23 tahun kahwin paling lambat 25 lah" hah hambik kau .... sekarang dah 2012 aku dah nak masuk 24 still 23 kalau ikut bulan acane ni target belum capai....padan muka sapa suruh clash.. eeh tak salah clash pon.. tu semua aturan dari Dia untuk Hambanya....
Namun bila diusia begini bila balik kampung silakan lah menadah telinga untuk mendengar mak sedara ,pak menakan , nenek yang sibok bertanya...


Baiklah kepada mereka yang menempuh perkara yang sma dengan aku ketika ini, meh nak kasi tips sikit.. jangan la pulak hang pa semua kecewa menonggeng takde sapa nak kat hangpa semua.. setiap manusia pasti ada jodohnya


Berikut ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya mampu.

1. Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab.

2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh.

3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.

4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah

5.  Kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah.

6. Solat hajat 2 rakaat & Doa, 2 rakaat lagi & Doa, 2 rakaat lagi & Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)

7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan:
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya

8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan.

9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;
Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.

10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.

12. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci.

Insyaalllah jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain. -credit-


Disini jugak aku sertakan doa yang boleh dipraktiskan oleh rakan rakan taulan sekalian.. ;)



boleh lah diamalkan siapa yang rasa susah sangat jodoh dia nak datang.. cuba amal jangan cuba tengok je..

 
ini pula doa yang sesuai untuk rakan rakan yang frust menonggeng dok 5, 6 tahun bercinta last last putus di tengah jalan.. jangan la pulak korang frust menongeng.. buat rugi airmata.. cuba amalkan doa ni .. setidak tidaknya tenang sikit hati... dah jangan frust frust dah...

 so jangan lah kahwin lambat lambat .. tahukah anda ikatan perkahwinan dapat mengurangkan kadar tekanan emosi manusia.. sebab perasaan stress itu dapat dikongsi dengan pasangan... berkahwinlah kalau sudah mampu zahir dan batin...



actually tahun ni sahaja 7 sepupu dan 2pupu aku take turn nak kahwin itu yang confirm yang belum confirm dan tak dijangka pon ramaiiiii.. sebab masing masing umur dah 25 ke atas.... satu jumlah yang ramai berbanding 2 orang sahaja pada tahun lepas..... belom campur classmaye time teknik dan faucltymate yang nak kahwin lagi.. aku beating bukak Fb pasti ada invitation kan  kan..selamat lah korang......



p/s : Ally Iskandar dah nak kahwin cantik bakal isteri dia.. Selamat pengantin Baru......





"mungkin salah ku tak mencari mu sepenuh hati maafkan aku"

Sunday, January 15, 2012

Ustaz Azhar Idrus Bercakap Tentang Fenomena Kpop

Ini serius Sangat serius terutama pengggemar Kpop Yang Beragam Islam...




kasi dengar habis habis apa ustaz azhar idrus ni cakap...
actually aku sangat tersentap dan tersedar... 
well well kawan kawan terdekat aku komfem le tahu aku ni sangat le gila kat Super Junior..
serious..tapi tak de fanatik sampai forever dorang di hati ..
tapi fanatik la jugak...
dan tersangat lah aku confirm kpopers akan buthurt terhadap klip ini..
sebab aku ada la jugak kawan kpopers..
tapi yang jenis butthurt ni komfem budak sekolah 
beza dengan budak yang dah lepas belajar yang gemar kpop ni
i know some of them not really matured to handle this thingy...
just word yang suka dari sini..
"muka korea tak sama muka dengan kita tapi anak anak boleh kenal nama, tanya pasal Rasulullah S.A.W jawab mesir je... " tsk tsk ;(



cuma satu yang pasti jika aku ada anak satu hari nanti aku akan pastikan anak aku tak terlalu taksub dengan benda benda lagho lagu ni... 
aku tak lah cakap kpop tu negatif belaka.. cuma cukup lah sekadar menjadi hiburan je kot setakat ini...

Dah dah jangan Butthurt wahai Kpopers termasuk diri aku sendiri...

Kembali semula...

ce teka saya yang mana satu..^_^









Asalamualaikum dan salam 1 Malaysia..Hamboi semangat satu malaysia benor..hahaha
Setelah hampir 7 bulan Belog ni terbiar dan diprivatekan sehingga pernah aku terlupa apa password untuk blog ni.... akhirnya aku kembali membukakan hati untuk berblog kembali..walaupun blog ini bukanlah tumpuan dunia mahupun negara seperti nama nama besar Hanis Zalikha, Fatin Liyan dan bla bla...

cukuplah sekadar memuaskan hati sendiri,
Okaylah..okaylah
ekceli aku dah 2 minggu jadi penggangur setelah bekerja kontrak di UMSC..
 1 january kontrak tamat.. so belum lagi dapat panggilan.. jadi pada mana mana syarikat yang nak hired saya silakan email saya.. kerna saya memang sangat memerlukan duit gaji untuk membayar balik yuran PTPTN okeyh...tapi jsila jangan mak ayam atau bapak ayam untuk memanggil saya bekerja


jadi nak dipendekkan cerita.. dekat 2 minggu ni asyik duduk umah takde benda nak buat... ingat nak belajar jadi surirumah dengan menambah baik cara jahitan serta masakan namun belum le lagi nak mulanya..
so everideh i asyik nak
bertwitter ini addict
tumblr...scrolling... reblog
facebook just scrooling scrolling yawn close tab..

but tak mencabar minda serta menumpulkan penguasaan bahasa.. jadi dengan ini saya kembali membuka blog biasa2 ni..
ni pon dah buat construction besar besaran terhadap belog indah nian permai ini.... tukar segalanya..delete lebih seratus entry semasa zaman jahiliah..
dan malangnya aku lupa nak print screen belog lama punya template...sob sob tsk tsk :(
ok tu je.... macam akan banyak entry selepas ni kan.
.ok biasale dah on Blog balik confirm stalker kembali semula.. tapi camne nak halang dah aku yang nak berblog balik... apaa pa hal pon selamat kemabali wahai stalker juga rakan rakan sekepam sekalian,,,,,,,

p/s: gambar tu nk bagitau owner blog dah meningkat usia.. dah tak boleh tulis cara budak lepas habis spm juga cara perempuan emo lepas putus cinta